Pengalaman pertama kali merasai diri ini pregnant, biasa-biasa je. Bukan macam dalam drama; muntah-muntah warna putih, rasa nak pengsan, blablabla.
Permulaannya begini...
Masa tu hari walimah (majlis kahwin) kat belah suami, di Terengganu. Aha. Ni nak cerita sikit pasal budaya pantai timur vs pantai barat. Kalau kat Seremban (where I came from), majlis kahwinnya berupa: pengantin lelaki & perempuan duduk bersanding di pelamin. Yang sangat mengikut adat, ditepung tawar, direnjis air zamzam (eh?), bersalaman dan ambil gambar untuk upload kat insta. Yang islamik sikit, bersalaman (lelaki salam lelaki, perempuan salam perempuan), pengantin duduk hanya untuk bergambar dengan tetamu yang nak upload kat FB (lulz). So, basically, dua-dua pengantin duduklah kisahnya. Tapi di pantai timur, masa saya punya majlis kahwin tu, lain pula caranya. Pengantin lelaki bersalaman dengan tetamu di luar. Pegi khemah, layan tetamu. Ambil gambar dengan orang tu dan orang ni. Pengantin perempuan buat apa? Haa...pengantin perempuan, duduk dalam rumah, kat pelamin. Duduk bersimpuh atas karpet, bukan atas kerusi! Jangan buat hal nak duduk atas kerusi pulak. Hehe. Begitulah adatnya. Layankan saja.
So, masa hari walimah di Terengganu tu, saya pun buatlah seperti yang sepatutnya. Duduk bersimpuh di pelamin, bersalaman dengan berpuluh-puluh (mungkin juga ratus) tetamu perempuan yang hadir. Dari pagi sampaiiii nak petang. Omaigod...tahu tak penat bersimpuh lama-lama? Rasa nak bersila je tapi ape pulak rupanya pengantin perempuan duduk bersila.
I don't know why, tapi sepanjang hari tu rasa penat sangat + sakit pinggang + rasa nak baring dan lelap mata. I assume...maybe tanda-tanda dah nak period kot. So...biarlah. Dan terus melayan tetamu dengan senyuman manis tapi fake (sadis gila. sobs). Tanda pertama yang saya perasan, tandanya sama macam PMS. Jadi tak expect pun itu tanda pregnant.
Pernah dengar pengantin kena basuh kuali lepas majlis kahwin? Yeah, that's what my husband and I were supposed to do that night. Tapi saya bagitahu suami "Sakit pinggang la. Rasa lain macam. Kalau tak nak basuh boleh tak?". Bunyi macam mengelat sungguh! Suami yang sangat sayangkan isterinya pun setuju. Biarlah dia yang basuh, saya pegang getah paip je, jirus air kat kuali yang beliau dah sabun dan sental kuat-kuat.
The next two days, saya masih rasa tak selesa plus sakit pinggang dan letih-letih. Period pun dah lewat dalam 2 hari masa tu. Terdetik dalam hati...entah-entah pregnant kot. Eh...tapi baru leat 2 hari. Rilek ah. Ok, abaikan saja perasaan itu.
Hari ketiga, saya mengambil keputusan untuk bertanya kepada ummi (ibu mertua). "Ummi, biasanya berapa lama lewat period baru orang pegi check pregnant ke tak?".
Ummi tenang je jawab, "Tunggu la dulu. Ade orang dah lewat seminggu, tapi bila check, tak ada apa-apa pun,". The way I interpreted her words at that time was like "Rilek ah. Buat ape nak excited sangat check pregnancy cepat-cepat ni...". Haha.
Saya mesej pula ibu saya yang berada di Seremban, bertanyakan soalan yang sama. Ibu kata, kalau dah lewat seminggu tu boleh la check. Ok, seminggu. Ni baru lewat 3 hari. Nak kecoh pehal. Rilek sudah.
(ok, tak penah pun discuss macam ni dengan suami. haha)
Masa masuk bilik doktor, Dr. A suruh saya buat ujian air kencing dan UPT (masa ni tak tahu langsung UPT tu ape and stands for what). Kot-kot ade jangkitan ke kat salur kencing sebab saya kata kat bahagian rahim tu macam sakit sikit. Dr. A jangka mungkin 'honeymoon cystitis', penyakit yang biasa dihidapi perempuan yang baru kahwin.
Bila dapat result, kami pun duduk depan Dr. A menunggu jawapan beliau. "Positif ni ye," kata beliau dengan tenang. Positif? Positif ape? Ade jangkitan? Saya menoleh ke arah suami. Beliau sedang tersenyum merenung sesuatu.
Sepantas kilat saya tanya doktor "Positif ape doktor?" dengan muka blur. Haha. Tak perasan pulak benda yang nak test kita pregnant ke tak tu (UPT) ada atas meja doktor. Oh...UPT stands for Urine Pregnancy Test.
"Positif mengandung la," kata doktor ringkas. Takkan positif dadah pulak.
Masa doktor cakap macam tu, rasa lost sekejap. Heh. Saya pandang suami. Still tengah tersenyum. Makin lebar nampaknya. Amboi...happy nampak. Bukanlah saya tak happy. Tapi mungkin terkejut mengatasi happy. So hasilnya muka blur.
A few days lepas di diagnosed (osah eh) mengandung tu, dah start rasa mual, cepat penat, kurang selesa. Tapi takde la muntah-muntah rasa nak pengsan macam dalam drama TV tu.
Some advices to married women yang dah lewat period:
-Tak ada masalah pun nak check pregnant ke tak walaupun baru lewat period 3 hari. Takyah tunggu sebulan pun boleh. Beli je benda UPT tu kat farmasi ade jual. Boleh check sendiri. Nak jumpa doktor pun boleyyy.
-Kadang-kadang ade orang yang bila check guna UPT, result dia negatif. So sila jumpa doktor dan bagitau dah lewat period, merancang nak ada baby, blablabla. Nanti doktor buat ujian darah untuk detect pregnancy.
-Kalau rasa macam pregnant, ya...RASA macam pregnant, walaupun belum disahkan lagi, jangan la buat keje berat-berat seperti membasuh kuali yang besar (hahaha), angkat benda berat, lari pecut 4x100 meter dan sebagainya. Mana tau pregnant pulak kan, at least terjaga la kandungan yang awal lagi tu.Tapi kalau dah check, result negatif, tak boleh la nak mengelat macam-macam. Hee.



No comments:
Post a Comment